top of page
Writer's pictureLea Azuar

32 AHLI BANGSAPELAKAR MENYERTAI PAMERAN SENI KESEDARAN KESIHATAN MENTAL


Kuala Lumpur, 3 November 2022 - Sejumlah 32 orang ahli KL Sketch Nation’s (KLSN) #bangsapelakar berjaya mempamerkan hasil karya seni mereka di pameran seni “The Art of Healing”.

Pameran tersebut telah dianjurkan oleh platform kesedaran kesihatan mental, My We’re In Progress Healing (My WIP Healing), bersama kedai seni, Nak Seni, yang telah berlangsung pada 29 Okt dan 30 Okt lepas, di Muzium Telekom (Muzium TM) Malaysia, KL. Setiap hasil karya seni tersebut telah dihasilkan pada dua minggu sebelumnya iaitu pada 16 Okt, ketika sesi terapi seni bersama My WIP Healing dan KLSN. Para peserta telah diminta untuk menghasilkan karya seni berdasarkan keadaan mental mereka yang telah pun dinilai oleh modul yang disediakan. Seusai sesi tersebut, KLSN meneruskan aktiviti Sketchwalk di Muzium TM itu. Setiap hasil karya seni dinilaikan sebanyak RM350 dan boleh didapati di pameran KLSN yang seterusnya di Sungai Wang Plaza pada 12 Nov.

“The Art of Healing” telah dianjurkan bersempena “Mental Health Awareness Month” pada setiap bulan Oktober dan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental dan meleraikan stigma di dalam kalangan masyarakat. Ia bertujuan menjelaskan bagaimana seni mampu digunakan sebagai salah satu cara mengatasi masalah kesihatan mental seperti tekanan dan kebimbangan.

Bagi menyerikan lagi pameran tersebut, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang hujung minggu itu, seperti bengkel, sesi perkongsian pengalaman kesihatan mental, sesi seni berkumpulan, tayangan filem kesihatan mental, persembahan komuniti dan yoga. Pameran itu berlangsung bersama aktiviti mingguan, Temu Weekend yang melibatkan peniaga makanan serta minuman dan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Yang turut serta terlibat adalah Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM), Awareness Against Suicide (AWAS), We & I Art, Mental Health Film Festival Malaysia dan Filamen.

“Saya berharap melalui kolaborasi antara pejuang kesihatan mental dan komuniti seni ini, akan menghasilkan lebih banyak kolaborasi seperti program-program seperti ini. Program seperti ini perlu diteruskan bagi kesejahteraan bersama, dalam terma kesihatan mental dan penggunaan seni”, kata Presiden dan Pengasas KLSN, Ahmad Hakym Ahmad Hilmy.

###

Mengenai My WIP Healing

My WIP Healing merupakan komuniti permulaan yang memfokuskan inisiatif pemulihan diri dalam kalangan masyarakat. Ia juga berkolaborasi antara pihak berkepentingan dan organisasi-organisasi lain, bertujuan meningkatkan kesedaran terharap kesihatan mental.


Ia juga bermatlamat untuk memulihkan keseimbangan kehidupan harian kita menerusi seni, pendidikan, ekonomi, sosiologi dan nilai kesihatan, ke arah sebuah masyarakat yang menerima dan saksama, menerusi kuasa media sosial.

My WIP Healing boleh dihubungi menerusi Instagram dan Twitter melalui @mywiphealing

Mengenai KL Sketch Nation

KLSN telah diasaskan oleh Ahmad Hakym Ahmad Hilmy pada 2014 dan telah bermula sebagai sebuah komuniti penggiat lakaran di Kuala Lumpur. Kemudiannya berkembang sebagai satu gerakan seni setelah didaftarkan secara rasminya sebagai NGO yang bermatlamat menyebarkan semangat melakar dan kepentingan seni di Malaysia.

Ia juga telah menjalankan aktiviti-aktviti berkaitan seni yang lain, seperti “Ramadhan Sketch Challenge” yang merupakan aktiviti tahunan yang utama, disamping bengkel lukisan kopi dan seminar.

Maklumat lanjut mengenai Sketchwalk dan KLSN, sila layari laman media sosial kami di Facebook, Instagram dan Twitter @klsketchnation.

Anda boleh menghubungi perwakilan kami:

Azalea Azuar

Pengarah Publisiti & Perhubungan Awam

ceazalea2596@gmail.com

Instagram: Leaazpens


Melinda Wong

Pengarah Komunikasi Strategik

melinda.wongsh@gmail.com


Zulaikha Razali

Pengarah Pengurusan Acara

nozuworks@gmail.com



30 views0 comments

Comments


bottom of page